Tuesday, August 25, 2009

FORUM: Karas dan Gaharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Segala pertanyaan boleh diajukan di ruangan ini. Mana termampu akan kami cuba selesaikan.

Floria 2009

Pokok karas (gaharu) juga tidak ketinggalan mendapat tempat di pesta FLORIA 2009 di Putrajaya baru-baru ini.

Minyak Estrak Gaharu

Ini adalah beberapa produk daripada kayu gaharu yang telah diekstrak

Projek Perladangan Gaharu

1)En Zamali di Banting, Selangor sebanyak 1000 pokok dari spesies Aquilaria malaccensis. Penanaman dijalankan di dalam kebun kelapa sawit berumur 20++ tahun.




2) Saudara Mohd Hafidz Abdullah turut menanam sebanyak 30 pokok di sekeliling kawasan ternakan ikan keli di Alor Gajah, Melaka.








3) Di samping itu, projek En Hatta dibawah naungan Syarikat Gem Organic Sdn Bhd juga memperlihatkan 1000 pokok gaharu ditanam di Kota Tinggi.





4) Selain itu, projek En. Nazri di Setiawan yang menanam 350 pokok di dalam ladang getah berumur 15++ tahun.


5) En Zamri dan Ezzar menanam sejumlah 100 pokok di dalam dusun buah-buahan di Kuala Kangsar, Perak

6) Saudara Zamakh dan beberapa rakan turut menanam sejumlah 200 pokok di banting juga berasaskan konsep perhutanan tani di dalam ladang sawit





7) En Dziehan Mustapa turut menanam di dalam kawasan ladang getah berumur 12++ tahun.sebanyak 50 pokok dalam kawasan seluas 3 ekar.



8) En. Ishak bersama rakan-rakan juga turut menanam sejumlah 500 pokok gaharu di Rembau, Negeri Sembilan.



Penggredan gaharu

Berasaskan pada pasaran, berikut adalah gred harga terkini (2008)

Gred Gaharu

Harga (RM) sekilogram

Gred A Super

RM 25,000.00

Gred A

RM 20,000.00

Gred B

RM 18, 000.00

Gred C

RM 15, 000.00

Gred D

RM 8,000.00

Gred E

RM 3,000.00

Lain-Lain Gred

RM 500.00 - RM 1, 000.00

Gaharu Racik

RM 5.00 - RM 100.00

Inokulasi pokok gaharu matang

Kawasan Penanaman

Penanaman boleh dijalankan di tanah persendirian, hutan simpan terosot dan tanah kerajaan melalui tiga kaedah tanaman iaitu;


a) Kaedah Monokultur

Tanaman ini dilaksanakan dengan jarak tanaman 3 x 3m dengan jumlah sebanyak 1000-1300 pokok sehektar. Ada juga yang ditanam dengan jarak tanaman 2 x 2m dengan jumlah yang boleh mencapai 1600 batang pokok sehektar.


b) Kaedah Tanaman Selingan

Pokok karas juga boleh ditanam di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5-8 tahun seperti di Ladang Kelapa Sawit, Ladang Getah, Ladang Kopi, Ladang Acacia secara tanaman berselang.

Pengurusan Penanaman Pokok Karas

Pokok karas sesuai ditanam di kawasan dataran rendah dan pergunungan pada ketinggian 0-750 m dari aras laut. Purata taburan hujan kurang dari 2000 cm setahun. Suhu paling sesuai adalah antara 27-32° C dan cahaya matahari antara 45-70 %. Pertumbuhan mampu mencapai ketinggian 25-40 m dan diameter antara 60-80 cm perepang. Tanah yang sesuai adalah dari jenis lempung dan liat berpasir dan pH tanah antara 4.0 - 6.0 pH.

Teknik Menanam

Lubang-lubag digali pada ukuran 30 cm lebar dan panjang dan 20 cm dalam. Semua anak pokok ditanam berserta ketulan tanah di sekeliling akarnya padat tanpa beg politena. Selepas anak pokok ditanam, tanah diatas permukaan dipadatkan dengan menggunakan kedua-dua belah tapak tangan bagi memastikan bahawa akar-akar bersentuhan rapat dengan tanah dan anak pokok tidak terganggu dengan pengaliran air oleh surface water.

Kadar pembajaan tidak boleh melebihi 100g bagi setiap lubang tanaman. Kadar baja NPK ialah 15:15:15 sebanyak 40-50g dan TSP sebanyak 40-50g perlu dimasukkan ke dalam lubang bersama-sama anak pokok.

Bagaimana Gaharu Terjadi?

Proses terjadinya gaharu adalah akibat pokok yang terluka atau diserang penyakit. Terbentuknya gaharu dimulai dari masuknya kulat ke dalam jaringan pembuloh kayu (vessel). Untuk terus hidup, kulat memakan cairan sel dalam saluran pokok sebagai sumber tenaganya. Secara perlahan-lahan hilangnya cairan sel tersebut akan mengurangkan atau terhentinya penghantaran makanan ke daun-daun.

Sel-sel yang isinya sudah dimakan oleh kulat akan membentuk suatu kumpulan sel mati pada jaringan pembuloh kayu. Hasil tindak balas kimia dalam kayu tersebut akan menghasilkan resin atau damar wangi yang dinamakan Gaharu dan apabila dibakar akan mengeluarkan aromanya tersendiri.

Monday, August 24, 2009

Intro about Karas


Pokok karas atau nama saintifiknya Aquilaria spp. yang menghasilkan gaharu adalah dari famili Thymelaeceae. Terdapat 25 spesies Aquilaria dijumpai di seluruh dunia dan di Malaysia sendiri terdapat 5 spesies; A. malaccensis, A.hirta, A.beccariana, A. rostarata, A. microcarpa.
Berasal dari perkataan sanskrit iaitu ”Aguru” yang bermaksud kayu berat (tenggelam). Gaharu juga dikenali dengan nama Agarwood, Aloeswood, Eagleswood, jin-ko (Jepun), Oud (Arab).
Gaharu telah digunakan sejak turun-temurun, malah ada yang menyatakan gaharu sudah digunakan sejak zaman dahulu untuk upacara keagamaan, perubatan tradidional dan menjadi bahan asas pembuatan minyak wangi.
Gaharu adalah sejenis kayu dengan berbagai bentuk jaluran warna khas, serta memiliki kandungan damar wangian berupa aloe-resin yang akan mengeluarkan bau aroma khusus apabila dibakar. Ia berasal daripada pokok hidup yang dihinggapi penyakit, kulat, bakteria, kuman dan sebagainya. Pada umumnya gaharu dihasilkan daripada pokok spesies karas (Aquilaria spp.) dan cendana (Gyrinops spp.).