Monday, August 24, 2009

Intro about Karas


Pokok karas atau nama saintifiknya Aquilaria spp. yang menghasilkan gaharu adalah dari famili Thymelaeceae. Terdapat 25 spesies Aquilaria dijumpai di seluruh dunia dan di Malaysia sendiri terdapat 5 spesies; A. malaccensis, A.hirta, A.beccariana, A. rostarata, A. microcarpa.
Berasal dari perkataan sanskrit iaitu ”Aguru” yang bermaksud kayu berat (tenggelam). Gaharu juga dikenali dengan nama Agarwood, Aloeswood, Eagleswood, jin-ko (Jepun), Oud (Arab).
Gaharu telah digunakan sejak turun-temurun, malah ada yang menyatakan gaharu sudah digunakan sejak zaman dahulu untuk upacara keagamaan, perubatan tradidional dan menjadi bahan asas pembuatan minyak wangi.
Gaharu adalah sejenis kayu dengan berbagai bentuk jaluran warna khas, serta memiliki kandungan damar wangian berupa aloe-resin yang akan mengeluarkan bau aroma khusus apabila dibakar. Ia berasal daripada pokok hidup yang dihinggapi penyakit, kulat, bakteria, kuman dan sebagainya. Pada umumnya gaharu dihasilkan daripada pokok spesies karas (Aquilaria spp.) dan cendana (Gyrinops spp.).